Do’a para Nabi di dalam Al-quran
Doa Nabi Adam AS
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri
Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat
kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Al A’raaf :23)
(Surah Al A’raaf :23)
Doa Nabi Nuh AS
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ
بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي
وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya
aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku
tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun
kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan
Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Hud :47)
(Surah Hud :47)
Doa Nabi Hud AS
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي
وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ
رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
(Surah Hud :56)
”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
(Surah Hud :56)
Doa nabi Ibrahim AS
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ
ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي
وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku
orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah
doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku
dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya
hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)
Doa Nabi Yusuf AS
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ
الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا
وَالْآخِرَةِۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan
daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian
dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah
ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )
Doa Nabi Ayub AS
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit
dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah
Al-Anbiyaa’:83)
Doa nabi Yunus AS
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan
hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk
orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku,
lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan
lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (
Surah Taha : 25 -27 )
Doa nabi Sulaiman AS
رَبِّ أَوْزِعْنِي
أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ
وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي
عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap
mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada
kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai
dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang
soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )
Doa Nabi Zakaria AS
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي
وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ
شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ
امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ
مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban
kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa
permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan
kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama
sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu,
kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi
daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai
Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.
( Surah Maryam : 4-6 )
Doa Nabi Isa AS
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ
لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا
وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah,
Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit,
untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan
bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda
(mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan
kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik
Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )
Doa Nabi Muhammad s.a.w
لَا يُكَلِّفُ
اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا
اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ
أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ
عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا
طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami
salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah
Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh
itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang
kafir”.
( Surah al-Baqarah : 286 )
No comments:
Post a Comment